2009-03-03

semangat hidup

Apa pun yang berlaku di dalam hidup ni adalah sesuatu yang telah diaturkan tuhan…setiap yang telah terjadi segalanya telah pun tersurat untuk kita…baik buruk..sedih dan suka..sihat dan sakit semunya perlu kita lalui satu persatu. sepanjang hayat kita..putaran hidup tetap ada…dan selama itulah juga kita akan berhadapn dengan pelbagai liku-liku hidup…kadang-kadang pada satu ketika..bila kita di timpa kesedihan,air matalah yang menjadi teman. Peritnya hati hanya tuhan dan kita yang tahu..air mata tidak mampu tertahan, mengalir dan terus mengalir. kerana mungkin juga waktu itu adalah waktu yang paling sesuai untuk mengeluarkan, meluahkan segalah keperitan hati. Namun sejauh manapun kita merasa sedih, kita sebenarnya diajar untuk memahami perjalanan waktu,perjalanan hidup kita di muka bumi ini. kehidupan kita telah diaturkan sebijak yang mungkin. Dan air mata yang mengalir itu mungkin juga membawa satu pengajaran yang sangat berguna pada diri kita mahupun sesiapa yang terlibat.

Tidak ada komentar:

 
blogger template by arcane palette